Tuesday, December 1, 2020

Perpaduan di Malaysia




DEFINISI

 

 Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  dan  jiran  mereka.  Ia  merujuk  kepada  semua  perhubungan sosial yang  mengaitkan  manusia.  Istilah  ini lazimnya  digunakan  dalam  bidang  ataupun  sains  kemasyarakatan.

 'MALAYSIA  memiliki  komposisi  penduduk  yang  terdiri  daripada  kepelbagaian  budaya   dan bangsa. Hubungan  harmoni yang  terjalin  sesama  kaum  ini akan  memperkukuhkan  lagi kedaulatan  dan  pembangunan  negara.

 Keharmonian  yang terhasil  daripada  perpaduan  antara  rakyat  Malaysia  merupakan  satu  keistimewaan  dan  juga  daya  tarikan kepada  pelabur  asing  untuk  melabur di   negara  kita.

 Konsep  1Malaysia yang  berasaskan  prinsip “Rakyat  Didahulukan, Pencapaian   Diutamakan” juga  menerangkan  bahawa  hubungan  harmoni  dan  kerjasama  antara  pelbagai  kaum merupakan  kunci  atau  senjata  utama  untuk  menghadapi  pelbagai   ancaman  dan  cabaran supaya  negara  kita  dapat  mencapai  matlamat  yang  telah  ditetapkan. Secara   umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai   etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing.


DISEDIAKAN OLEH: NURFATIHAH BINTI AZMAN

Peranan pelbagai pihak dalam mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai pihak.

   Peranan pelbagai pihak dalam mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai pihak.

KERAJAAN

1) Penganjuran program Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN)

Kerajaan boleh menganjurkan program PLKN yang berteraskan konsep rukun negara dalam memupuk para belia meningkatkan perpaduan dalam diri mereka. Program PLKN ini bukan sahaja boleh dapat mendidik belia untuk bekejasama dan bersatu padu antara satu sama lain walaupun berbeza kaum dan budaya tetapi juga dapat memupuk semangat patriotisme bagi memajukan dan mengharmonikan negara.

2) Memperkasakan sekolah kebangsaan

Secara umumnya, sekolah kebangsaan merupakan sekolah primer kepada para pelajar. Sekolah kebangsaan juga merupakan sekolah tempat para pelajar berkenalan dengan pelbagai kaum. Hal ini dapat menyemai sifat perpaduan dan menerapkan nilai nilai murni walau berbaza bangsa dalam diri pelajar sejak bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di sekolah dapat melatih para pelajar menanamkan sifat cinta terhadap bahasa dan menanamkan elemen semangat perpaduan dalam diri.

 MASYARAKAT

1)Rukun tetangga

Aktiviti rukun tetangga merupakan program sukarela yang melibatkan masyarkat setembat bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan komuniti kawasan perumahan. Aktiviti rukun tetangga ini dapat meningkatkan perpaduan kerana semangat kejiranan yang terdapat di sebuah kawasan perumahan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan masyarkat yang sentiasa bersatu-padu dalam memastikan kawasannya dalam keadaan selamat. Selain itu, aktiviti rukun tetangga yang dijalankan ini akan melibatkan organisasi yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum,budaya dan agama seperti masyarkat cina, india dan melayu.

2)Kebudayaan

Masyarakat boleh menonjolkan amalan kebudayaan yang diamalkan dan terdapat di negara Malaysia. Sebagai contoh, apabila orang kenamaan menghadiri sesuatu majlis masyarakat boleh melakukan persembahan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian inang, tarian zapin, tarian kipas yang merupakan tarian orang cina dan tarian kollatam dari kaum india. Tarian ini bukan sahaja boleh dilakukan mengikut bangsa sendiri tapi bangsa lain boleh melakukan tarian yang diamalkan oleh bangsa lain seperti orang melayu boleh melakukan tarian kipas dan orang cina boleh melakukan tarian kollatam dari kaum india. Dengan ini, masyarakat telah membuktikan bahawa mereka merupakan masyarkat yang mempunyai nilai semangat perpaduan yang tinggi dalam dirimalah kaum lain dapat mempelajari kebudayaan yang diamalkan oleh kaum lain.

INDIVIDU

1)Bergaul dengan kaum lain

Seseorang boleh bergaul dengan kawan yang bukan dari kaum dan bangsa dan sama. Individu tersebut boleh menjadi peramah dan baik terhadap kaum lain. Secara umumnya, pada era kini terdapat ramai individu mempunyai rakan baik yang bukan dari bangsa yang sama. Hal ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan tetapi dapat menarik perhatian orang dari negara luar kerana walaupun berbeza bangsa dan agama tetapi boleh menjadi teman rapat yang boleh berkongsi sesuatu dan dapat memberi perolongan ketika berada dalam kesusahan.

2) Menyertai program sukarelawan

Program sukarelawan merupakan program yang dijalankan secara sukarela bagi membantu golongan susah dan golongan yang memerlukan bantuan. Kebiasaannya, program sukarelawan ini boleh disertai sesiapa sahaja kepada individu yang sukarela untuk membantu tanpa mengira bangsa dan kaum. Kaum india, cina, melayu dan lain lain turut boleh sukarela membantu dalam satu program yang sama. Perkara ini juga bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan malah aktiviti ini dapat membantu orang lain walaupun tidak sama warna kulit. Aktiviti ini juga mendorong kita kearah kebaikan dan dapat membantu kita menjadi orang yang bersosial dengan cara yang baik. Ini dapat meningkatkan lagi kemajuan, perpaduan dan keharmonian negara masa ini serta dapat membangunkan negara Malaysia.

Disediakan oleh; NUR FARHAH SABRINA BINTI MOHD.ZAKI


VIDEO RUKUN NEGARA.


https://youtu.be/BGvnYSpXcQs


DISEDIAKAN OLEH: IRDINA HAZIQAH BINTI DANIANTO


Cara mengatasi masalah isu perpaduan




 Cara Mengatasi Isu Perpaduan

Cara untuk mengatasi masalah perpaduan adalah sentiasa mengadakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain seperti aktiviti gotong-royong kerana aktiviti itu adalah suatu aktiviti yang menyatupadukan kaum. Selain itu, jauhkan daripada isu-isu yang mendatangkan rusuhan perkauman seperti isu adat, agama dan budaya kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghormati kepercayaan kaum lain agar tidak timbul sebarang masalah yang boleh menghuru-harakan negara.

      Di samping itu, elakkan daripada menyertai sebarang permusuhan yang melibatkan rusuhan kaum dan sebagainya kerana ia adalah suatu perkara yang paling bahaya kerana ia menggugat kemanan negara. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai fikiran rasional agar pemikiran kita tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang negatif.


    Akhir sekali, menjaga tutur kata apabila berbicara kerana mulut itu adalah senjata tajam bagi kita. Hal ini bermaksud, segala tuturcara kita hendaklah dijaga kerana untuk mengekalkan suatu keharmonian adalah suatu perkara yang susah atas kerana kata-kata kita. Jadi, kita rakyat Malaysia yang mempunyai budi bahasa yang baik, gunalah bahasa yang sopan ketika berbicara agar tidak terguris hati orang lain dan negara kita dapat melahirkan generasi yang yang berwawasan.

Disediakan oleh: Nurulaini Binti Razali 30DLS20F1004 

Isu Perpaduan




 


 Isu Perpaduan

Isu-isu perpaduan bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi,agama, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan sebagainya. Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan atau didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah isu yang sesnsitif yang boleh membawa kepada api permusuhan sehingga menyebabkan pergaduhan antara satu sama lain terutamanya melibatkan kaum. Isu-isu perpaduan dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain.

     Isu-isu ini boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara seperti 13 Mei 1969 iaitu rusuhan perkauman. Selain itu ia mewujudkan suasana prejudis, prasangka dan hubugan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi dan mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum.

  Kesemua elemen negatif ini akan menggugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, merencat keselesaan rakyat pelbagai kaum kerana ia adalah punca-punca berlakunya ketidakharmonian negara.

Disediakan oleh: Nurulaini Binti Razali 30DLS20F1004

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...