Tuesday, December 1, 2020

Isu Perpaduan




 


 Isu Perpaduan

Isu-isu perpaduan bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi,agama, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan sebagainya. Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan atau didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah isu yang sesnsitif yang boleh membawa kepada api permusuhan sehingga menyebabkan pergaduhan antara satu sama lain terutamanya melibatkan kaum. Isu-isu perpaduan dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain.

     Isu-isu ini boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara seperti 13 Mei 1969 iaitu rusuhan perkauman. Selain itu ia mewujudkan suasana prejudis, prasangka dan hubugan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi dan mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum.

  Kesemua elemen negatif ini akan menggugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, merencat keselesaan rakyat pelbagai kaum kerana ia adalah punca-punca berlakunya ketidakharmonian negara.

Disediakan oleh: Nurulaini Binti Razali 30DLS20F1004

No comments:

Post a Comment

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...