Tuesday, December 1, 2020

Cara mengatasi masalah isu perpaduan




 Cara Mengatasi Isu Perpaduan

Cara untuk mengatasi masalah perpaduan adalah sentiasa mengadakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain seperti aktiviti gotong-royong kerana aktiviti itu adalah suatu aktiviti yang menyatupadukan kaum. Selain itu, jauhkan daripada isu-isu yang mendatangkan rusuhan perkauman seperti isu adat, agama dan budaya kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghormati kepercayaan kaum lain agar tidak timbul sebarang masalah yang boleh menghuru-harakan negara.

      Di samping itu, elakkan daripada menyertai sebarang permusuhan yang melibatkan rusuhan kaum dan sebagainya kerana ia adalah suatu perkara yang paling bahaya kerana ia menggugat kemanan negara. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai fikiran rasional agar pemikiran kita tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang negatif.


    Akhir sekali, menjaga tutur kata apabila berbicara kerana mulut itu adalah senjata tajam bagi kita. Hal ini bermaksud, segala tuturcara kita hendaklah dijaga kerana untuk mengekalkan suatu keharmonian adalah suatu perkara yang susah atas kerana kata-kata kita. Jadi, kita rakyat Malaysia yang mempunyai budi bahasa yang baik, gunalah bahasa yang sopan ketika berbicara agar tidak terguris hati orang lain dan negara kita dapat melahirkan generasi yang yang berwawasan.

Disediakan oleh: Nurulaini Binti Razali 30DLS20F1004 

No comments:

Post a Comment

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...