DEFINISI
Perpaduan ialah penyatuan, dan
darjah serta jenis penyatuan
yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang ataupun sains kemasyarakatan.
'MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum
ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan
negara.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan
antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya
tarikan kepada pelabur asing untuk melabur
di negara kita.
Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama
antara pelbagai kaum merupakan kunci atau
senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita
dapat
mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan
hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing.
DISEDIAKAN OLEH: NURFATIHAH BINTI AZMAN
No comments:
Post a Comment