Tuesday, December 1, 2020

Peranan pelbagai pihak dalam mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai pihak.

   Peranan pelbagai pihak dalam mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai pihak.

KERAJAAN

1) Penganjuran program Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN)

Kerajaan boleh menganjurkan program PLKN yang berteraskan konsep rukun negara dalam memupuk para belia meningkatkan perpaduan dalam diri mereka. Program PLKN ini bukan sahaja boleh dapat mendidik belia untuk bekejasama dan bersatu padu antara satu sama lain walaupun berbeza kaum dan budaya tetapi juga dapat memupuk semangat patriotisme bagi memajukan dan mengharmonikan negara.

2) Memperkasakan sekolah kebangsaan

Secara umumnya, sekolah kebangsaan merupakan sekolah primer kepada para pelajar. Sekolah kebangsaan juga merupakan sekolah tempat para pelajar berkenalan dengan pelbagai kaum. Hal ini dapat menyemai sifat perpaduan dan menerapkan nilai nilai murni walau berbaza bangsa dalam diri pelajar sejak bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di sekolah dapat melatih para pelajar menanamkan sifat cinta terhadap bahasa dan menanamkan elemen semangat perpaduan dalam diri.

 MASYARAKAT

1)Rukun tetangga

Aktiviti rukun tetangga merupakan program sukarela yang melibatkan masyarkat setembat bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan komuniti kawasan perumahan. Aktiviti rukun tetangga ini dapat meningkatkan perpaduan kerana semangat kejiranan yang terdapat di sebuah kawasan perumahan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan masyarkat yang sentiasa bersatu-padu dalam memastikan kawasannya dalam keadaan selamat. Selain itu, aktiviti rukun tetangga yang dijalankan ini akan melibatkan organisasi yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum,budaya dan agama seperti masyarkat cina, india dan melayu.

2)Kebudayaan

Masyarakat boleh menonjolkan amalan kebudayaan yang diamalkan dan terdapat di negara Malaysia. Sebagai contoh, apabila orang kenamaan menghadiri sesuatu majlis masyarakat boleh melakukan persembahan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian inang, tarian zapin, tarian kipas yang merupakan tarian orang cina dan tarian kollatam dari kaum india. Tarian ini bukan sahaja boleh dilakukan mengikut bangsa sendiri tapi bangsa lain boleh melakukan tarian yang diamalkan oleh bangsa lain seperti orang melayu boleh melakukan tarian kipas dan orang cina boleh melakukan tarian kollatam dari kaum india. Dengan ini, masyarakat telah membuktikan bahawa mereka merupakan masyarkat yang mempunyai nilai semangat perpaduan yang tinggi dalam dirimalah kaum lain dapat mempelajari kebudayaan yang diamalkan oleh kaum lain.

INDIVIDU

1)Bergaul dengan kaum lain

Seseorang boleh bergaul dengan kawan yang bukan dari kaum dan bangsa dan sama. Individu tersebut boleh menjadi peramah dan baik terhadap kaum lain. Secara umumnya, pada era kini terdapat ramai individu mempunyai rakan baik yang bukan dari bangsa yang sama. Hal ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan tetapi dapat menarik perhatian orang dari negara luar kerana walaupun berbeza bangsa dan agama tetapi boleh menjadi teman rapat yang boleh berkongsi sesuatu dan dapat memberi perolongan ketika berada dalam kesusahan.

2) Menyertai program sukarelawan

Program sukarelawan merupakan program yang dijalankan secara sukarela bagi membantu golongan susah dan golongan yang memerlukan bantuan. Kebiasaannya, program sukarelawan ini boleh disertai sesiapa sahaja kepada individu yang sukarela untuk membantu tanpa mengira bangsa dan kaum. Kaum india, cina, melayu dan lain lain turut boleh sukarela membantu dalam satu program yang sama. Perkara ini juga bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan malah aktiviti ini dapat membantu orang lain walaupun tidak sama warna kulit. Aktiviti ini juga mendorong kita kearah kebaikan dan dapat membantu kita menjadi orang yang bersosial dengan cara yang baik. Ini dapat meningkatkan lagi kemajuan, perpaduan dan keharmonian negara masa ini serta dapat membangunkan negara Malaysia.

Disediakan oleh; NUR FARHAH SABRINA BINTI MOHD.ZAKI


No comments:

Post a Comment

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...