Monday, November 30, 2020

Kesimpulan

 

Iktibar


       Terdapat beberapa iktibar yang kita perlu mengambil tahu, menghayati dan gunakan semasa kehidupan harian untuk mengekalkan perpaduan di negara kita.

       Antaranya ialah, kita mestilah memupuk sikap kerjasama apabila melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila kita terlibat dalam aktiviti gotong royong kita mestilah bersama-sama membersihkan kawasan-kawasan di tempat berkenaan. Jangan sesekali jadi seorang yang hanya fikirkan diri sendiri. Sikap tersebut amatlah tidak bermoral dan akan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.

       Selain itu, kita juga perlulah sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Apabila kita mempunyai sikap tersebut, masyarakat sekeliling akan pandang kita dengan pernuh hormat. Hubungan kita dengan masyarakat sekeliling juga akan sentiasa terjaga. Sebagai contoh, apabila jiran kita menyambut hari perayaan, kita mestilah hormat dengan tidak mengganggu mereka yang pada ketika itu sedang meluangkan masa bersama keluarga mereka yang tercinta.

       Seterusnya, kita wajarlah mempunyai sikap rajin berusaha untuk lebih mengenali tentang sesuatu budaya. Sebagai contoh, kita mestilah menghadirkan diri sekiranya sekolah kita mengadakan sambutan kemerdekaan. Hal yang demikian kerana, kita akan berpeluang untuk mempunyai pengalaman memakai pakaian dari kaum yang berlainan. Hubungan kita dengan kawan sekolah kita yang berbilang kaum itu juga akan menjadi lebih akrab.







DISEDIAKAN OLEH: IRDINA HAZIQAH BINTI DANIANTO


No comments:

Post a Comment

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...