Monday, November 30, 2020

Kesimpulan

 

Pengetahuan


       Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama atau mudah dikenali sebagai rakyat majmuk. Perpaduan ini merupakan perkara yang sangat penting di negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mengetahui tentang peristiwa tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman di negara kita. Tragedi tersebut telah memberi impak yang besar dan kita sebagai rakyat yang hidup di generasi kini mestilah memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.

       Sifat perpaduan ini semestinya dipupuk sejak kecil. Hal yang demikian adalah supaya, individu-individu tersebut akan menjadi seorang yang berguna apabila mereka mencecah dewasa. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Mengapa? Ini adalah kerana, apabila kita memperoleh semangat perpaduan di dalam diri kita, kita akan mempunyai perasaan ingin tahu lebih dalam mengenai budaya kaum-kaum yang lain.






DISEDIAKAN OLEH: IRDINA HAZIQAH BINTI DANIANTO


No comments:

Post a Comment

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...