Harapan
Harapan saya adalah supaya
rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan dan memupuk semangat perpaduan ini. Kita
sebaik-baiknya ingin mengelakkan negara kita daripada berlakunya peristiwa yang
tidak diingini seperti tragedi 13 Mei 1969.
Saya juga berharap supaya
masyarakat di generasi kini sentiasa mengekalkan semangat ini supaya akan
diikuti dan diteladani oleh generasi yang akan datang. Kita mestilah ingat
bahawa segala yang dilakukan sekarang akan memberi impak pada masa yang akan
datang, tidak kira sama ada kecil atau besar.
Terakhir sekali, saya amat
berharap agar kita sentiasa menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah banyak
berjuang demi memerdekakan negara kita dan menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum ini. Tanpa mereka siapalah kita.
DISEDIAKAN
OLEH: IRDINA HAZIQAH BINTI DANIANTO

No comments:
Post a Comment