Monday, November 30, 2020

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM

 


FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia telah memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalnkan perpaduan yang lenih erat. Hal ini kerana, intipati gagasan satu idea tanpa mengira bangsa, kepelbagian etnik, sub-etnik dan kebudayaan 

Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan yang telah dicipta "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Konsep ini tidak dapat dibuat secara semalam dan sekaligus tetapi perlu dilaksanakan secara transformasi dimana rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan langkah yang dapat meningkatkan perpaduan untuk menjadi negara yang harmoni serta selamat dari kuasa luar.

PENDIDIKAN

Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses intergrasi antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secra langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain yang disediakan di sekolah

Mereka berpeluang untuk mengenali satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah berwawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat intergrasi nasional. Sebagi contoh, maajlis yang dijalankan di sekolah seperti majlis kemerdekaandapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi persefahaman antara murid yang berbilang bagsa dan kaum.

Disediakan oleh; NUR FARHAH SABRINA BINTI MOHD. ZAKI






No comments:

Post a Comment

Perpaduan di Malaysia

DEFINISI    Perpaduan  ialah penyatuan, dan  darjah  serta  jenis  penyatuan yang  dipamerkan  sesebuah masyarakat  ataupun  kumpulan  d...